PUAN DALINA BINTI MAT MAT ARIFFIN KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
Penggunaan sabun yang berasaskan herba dan rempah ratus semakin kurang di pasaran kerana pada masa kini ia lebih kepada penggunaan bahan kimia. Tujuan Sabun ‘’E’Pices’’ dibuat adalah untuk memberi pilihan kepada pengguna terhadap sabun homemade yang lebih mesra pengguna dan efisien. Sabun ini mempunyai kandungan rempah – ratus yang sangat bermanfaat kepada kulit. Antara rempah – ratus yang dipilih untuk menjadi ramuan dalam sabun ini ialah Ceylon, habbatus sauda, cekur dan ginger. Bahan – bahan ini dapat mengatasi masalah angina dalam badan. Penggunaan yang teratur akan menjadi badan cergas dan ringan. Ini amat penting kepada golongan bekerja agar tampil bersemangat dan ceria di rumah atau di pejabat. Jumlah sampel kajian adalah seramai 30 orang golongan yang bekerja diambil secara rawak. Pengumpulan data dibuat menggunakan borang maklum balas melalui pautan dalam talian. Responden diberi masa selama 30 hari untuk mencuba Sabun ‘’E’Pices’’. Hasil analisis data menunjukkan bahawa Sabun ‘’E’Pices’’ mempunyai bahan – bahan rempah – ratus yang dapat menjadikan badan ringan dan cergas. Selain itu, reka bentuk pembungkusan yang menarik dan efisien. Penggunaan yang berterusan dapat menjadikan kulit lebih dan sihat.