JI593: KIT REN CIK 2.0

NURUL NASHRAH BINTI SAMSOL SK PAYA JAKAS

Kaedah tradisional yang mana guru masih menggunakan alat seperti berus gigi, atau berus lukisan bagi menghasilkan renjisan dan percikan dengan menggunakan jari. Kaedah ini didapati kurang memuaskan terhadap karya murid yang dapat dilihat dari aspek kekemasan dan kreativiti yang sekaligus memberi kesan terhadap kualiti karya yang dihasilkan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran murid ketika masa Pendidikan Seni Visuap terhad, ini kerana murid banyak menghabiskan masa untuk membersihkan tangan dan baju yang terkena percikan cat air. Melalui KIT RENCIK 2.0 dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan terhadap aktiviti renjisan dan percikan. Hal ini demikian membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan. Murid-murid dapat menghasilkan karya teknik renjisan dan percikan gabungan teknik stensilan yang lebih berkualiti dan kemas. Inovasi ini yang menyokong kelestarian amalan kitar semula ini dapat mewujudkan pembelajaran yang menarik (Fun Learning). Secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran ini. Pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu rakan-rakan lemah untuk menguasai kemahiran ini. Guru-guru hanya bertindak sebagai fasilitator.