Jasman Bin Jaffar Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
Perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat dewasa ini telah mampu menyentuh seluruh aspek kehidupan masyarakat. Kemajuan sesebuah negara dapat dilihat dari segi persekitaran yang besih. Isu kebersihan berkait rapat dengan kekotoran sampah. Bagi mengatasi masalah ini satu mesin direka cipta yang diberi nama Rubbish Collector Machine. Mesin ini membantu tenaga manusia untuk mengutip sampah. Mesin ini khas untuk mengutip sampah di kawasan yang berair seperti sungai menggunakan remote control dan mampu menampung sampah maksimum lima kilogram. Kesukaran untuk mengutip sampah dipermukaan air yang menjadikan mesin ini direka cipta.