JIN1231: SEE ME INTERAKTIF

MUHAMMAD QASYAF MIKAEL BIN MOHD FIRDAUS SK BAGAN SERAI

“SEE ME Interaktif” merupakan inovasi bahan bantu mengajar digital bagi membantu murid mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah dengan lebih berkesan. Inovasi ini dibangunkan menggunakan Canva dan diperkukuhkan melalui PowerPoint bagi memastikan kestabilan serta kemudahan akses di mana-mana. Ia mengandungi tiga komponen utama iaitu sebutan huruf, lagu interaktif dan permainan pengecaman huruf. Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan murid, manakala pemerhatian turut mendapati murid lebih fokus dan berminat. Selain itu, inovasi ini boleh digunakan secara berulang mengikut tahap murid, sekali gus menyokong pembelajaran kendiri yang menyeronokkan dan berimpak tinggi.