ARYAN HARITH BIN ABDUL NAFI' SK RAPAT SETIA
Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan enzim organik daripada jerami padi melalui
proses fermentasi. Hipotesis kajian ini ialah enzim yang dihasilkan akan
meningkatkan kesuburan tanah dan mengurangkan keperluan baja kimia.
Metodologi yang digunakan melibatkan fermentasi jerami padi dengan gula perang
dan air selama 3-6 bulan. Proses ini dijalankan dalam persekitaran terkawal untuk
memastikan kualiti dan keberkesanan enzim yang dihasilkan. Kajian ini juga
melibatkan sampel murid seramai 3 orang murid yang bertindak sebagai pembantu
penyelidik untuk mengumpul data dan menjalankan eksperimen. Parameter
pertumbuhan seperti tinggi tanaman, bilangan daun, berat, dan hasil tanaman diukur
sebelum dan selepas menggunakan penyembur enzim organik. Hasil kajian
menunjukkan peningkatan tinggi tanaman sebanyak 31.6% (daripada 15 cm kepada
25 cm), bilangan daun meningkat sebanyak 160% (daripada 5 daun kepada 13
daun), berat meningkat sebanyak 160% (daripada 10 g kepada 26 g), dan hasil
tanaman meningkat sebanyak 50% (daripada 40 g kepada 60 g) dalam kumpulan
ujian berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
enzim yang dihasilkan adalah serbaguna, kos efektif, dan mesra alam. Penggunaan
enzim ini juga mengurangkan keperluan baja kimia, seterusnya mengurangkan kos
pertanian dan impak negatif terhadap alam sekitar. Kajian ini menyokong Matlamat
Pembangunan Lestari SDG 12 iaitu Pengeluaran dan Penggunaan yang
Bertanggungjawab. Projek ini mempromosikan penggunaan sisa pertanian seperti
jerami padi, menggalakkan kitar semula dan pengurangan sisa, serta penggunaan
produk yang lebih lestari.