KVO1011: SMART LOCKER

MAHMAD SAFIQ BIN HAMIZAN KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0526 | 1 Likes | 19 Views | 58 times | LS: 59.1
Like it? | Support them now!

Perkembangan dunia teknologi kini kian pesat membangun seiring perkembangan sosioekonomi masyarakat. Teknologi yang pelbagai telah membuatkan para pengguna semakin kreatif demi memudahkan kehidupan seharian agar kehidupan lebih efisyen dan terjamin aspek keselamatannya. Satu sistem penyimpanan barang pengguna yang mempunyai sistem pencarian dan operasi buka dan tutup secara automatik telah dibangunkan untuk memudahkan pengguna. Sistem ini mempunyai faktor keselamatan yang tinggi di mana pintu lokar akan terbuka secara automatik setelah katalaluan yang betul dimasukkan pada papan kekunci. Bukan itu sahaja, lampu penunjukkan pada pintu lokar juga akan menyala serentak dengan pengaktifan servo motor yang bertindak sebagai pengunci pintu lokar setelah data dimasukkan pada papan kekunci. Pintu lokar akan dikunci semula selepas ditutup dengan betul dan lampu penunjuk akan turut terpadam. Setiap pintu lokar mempunyai nombor tersendiri dan manual penggunaan disediakan berhampiran dengan papan kekunci bagi memudahkan pengguna mencari barang keperluan yang disimpan. Pembangunan sistem ini membantu mengurangkan masa pencarian pengguna dan mengelakkan keciciran kunci lokar.