KVN1392: ALATAN TAMBAHAN MEJA MESIN CNC MILLING

SHARVEEN RAJ VIJAYA BHASKAR KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0286 | 1 Likes | 35 Views | 27 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah pemegang bahan kerja bersaiz kecil semasa proses pemesinan menggunakan mesin CNC milling. Kebanyakan mesin CNC milling sedia ada lebih sesuai untuk bahan kerja bersaiz besar, menyebabkan bahan kerja kecil sukar dipasang dengan stabil dan meningkatkan risiko getaran serta ketidaktepatan pemotongan. Oleh itu, satu alatan tambahan meja mesin CNC milling telah direka dan dibangunkan dengan menggunakan plat tapak berlubang dan sistem clamp yang boleh dilaras. Pengujian menunjukkan bahawa produk ini mampu meningkatkan kestabilan bahan kerja, mengurangkan masa persediaan kerja serta selamat digunakan. Secara keseluruhannya, alatan ini sesuai diaplikasikan di institusi pendidikan dan bengkel kecil sebagai penyelesaian yang praktikal dan kos efektif.