Nur Aliah Hazwani Binti Muhamad Yusri Kolej Vokasional Langkawi
Pokok petai ini dipercayai berasal daripada asia tenggara. Nama petai atau secara asalnya ia dipanggil dengan beberapa mengikut negara iaitu Pete (Indonesia), Sator (Thailand), dan bagi nama asia Tenggara ialah Sataw, Stink bean dan yongchaak. Pokok petai ini di tumbuh secara menegak dengan batang kayu keras dan daun berwarna hijau seperti pokok petai belalang dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 30 meter. Buah petai dalam bentuk papan yang ada biji petai berwarna hijau muda. Terdapat dua jenis pastri rapuh iaitu pastri rapuh bergula dan pastri rapuh tanpa gula. Ia lebih dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastry. Bahan yang digunakan adalah tepung, garam, marjerin, dan digaul ramas untuk mendapatkan doh yang baik. Blind bake adalah proses yang biasa digunakan untuk membakar doh pai untuk mengelakkan doh daripada mengelembung dan mencapai tekstur yang baik. Di samping itu, zaman ini ramai masyarakat yang berminat terhadap pencuci mulut seperti tart dan berkaitan dengan produk pastri. Oleh yang demikian, produk ini akan diinovasikan daripada pencuci mulut yang manis menjadi sesuatu yang lebih berkhasiat kepada masyarakat. Maka tercetusnya satu idea untuk menghasilkan satu produk bagi mengetahui tahap penerimaan tart petai kerabu petai ikan bilis dalam kalangan masyarakat .