KVO695: PENGHASILAN BAHULU

HARIZ MUSTAQIM BIN MOHAMAD NAZRI KOLEJ VOKASIONAL MUAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0270 | 1 Likes | 37 Views | 81 times | LS: 82.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan produk inovasi Bahulu “Soyabites” dari Hampas Soya. Penghasilan air soya menyebabkan hampas soya (okara) dijana setiap hari dan dibuang sebagai sisa makanan atau dikitar semula sebagai makanan haiwan. Pelepasan sisa soya ke dalam sistem pembentungan menyebabkan sistem pembentungan tersumbat. Hampas soya mengandungi zat nutrisi makanan iaitu 25%-28% protein, 9%-10% lemak dan 3% - 5% Karbohidrat. Berdasarkan pernyataan masalah, kajian ini dijalankan bagi membangunkan produk inovasi makanan daripada hampas soya iiatu “SOYABITES”. Objektif kajian adalah membangunkan resepi standard produk bahulu dari hampas soya, mengenalkanpasti suhu dan masa yang sesuai untuk membakar “SOYABITES” hampas soya dan mengenalpasti tahap penerimaan responden terhadap produk inovasi “SOYABITES” hampas soya. Kajian soal selidik dijalankan menggunakan google form. Melalui hasil soal selidik yang dijalankan ianya menunjukkan seramai 77% responden menyukai rasa produk ini. Penghantaran sampel produk ke makmal dilakukan bagi mengenalpasti kandungan nutrisi yang terkandung di dalam produk inovasi ini. Keputusan makmal telah membuktikan kandungan nutrisi dari hampas soya dapat dikekalkan dan peratus nutrisi protein dan karbohidrat dapat dipertingkatkan. Kesimpulannya produk inovasi Bahulu “SoyaBites” dapat dihasilkan dengan penghasilan resepi standard yang terbaik, suhu dan masa membakar yang sesuai dapat dikenalpasti dan produk SoyaBites mendapat penerimaan yang positif daripada rmajoriti responden.