JI235: PeNyanyi 2.0

MUHAMMAD KHAALISH AATHIF BIN KHAIRUO SHUHADA SK BUKIT ANAK DARA

Inovasi ‘PeNyanyi’ adalah singkatan perkataan “Pencegahan Nyamuk menggunakan Bunyi”. Projek Inovasi Kotak PeNyanYi ini adalah satu projek inovasi 3R bagi meningkatkan kesedaran mencegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekolah dengan melestarikan penggunaan bahan kitar semula sebagai bahan projek. Kami telah mengambil inisiatif untuk mengawal pembiakan nyamuk di kawasan sekolah secara biologi dengan menggunakan bunyi dengung nyamuk betina. Menurut kajian yang telah dijalankan di New York Amarika Syarikat, bunyi nyamuk betina akan menarik nyamuk jantan untuk proses mengawan. Nyamuk betina menggunakan harmoni dengung untuk mencari pasangan yang sesuai dan seterusnya proses penghasilan telur untuk pembiakan. Inovasi PeNyanyi 2.0 ini digunakan untuk menarik nyamuk jantan masuk ke dalam kotak dan seterusnya di hapuskan dengan cara samada secara biologi atau kaedah perangkap nyamuk yang dihasilkan. PeNyanyi 2.0 berfungsi secara digital sepenuhnya bagi memerangkap nyamuk menggunakan teknologi microbit. Secara tidak langsung penyebaran penyakit Demam Denggi dalam kalangan murid-murid di kawasan sekolah akan dapat dikurangkan.