KVN371: RAGUM BERANGKA

ABDUL BASIR BIN MUIN Kolej Vokasional Slim River

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.2222 | 2 Likes | 9 Views | 2 times | LS: 4.4
Like it? | Support them now!

Dalam proses pemesinan, kestabilan bahan kerja memainkan peranan penting dalam memastikan ketepatan dimensi, keselamatan operasi dan kualiti hasil pemotongan. Namun, ragum konvensional mempunyai keterbatasan dalam mencengkam bahan kerja berbentuk tidak sekata seperti silinder atau geometri kompleks. Oleh itu, Ragum Berangka, iaitu alat pemegang bahan kerja inovatif yang direka bagi meningkatkan kestabilan cengkaman serta ketepatan pelarasan rahang telah dibangunkan. Pembangunan produk menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang melibatkan reka bentuk menggunakan perisian CAD, pembangunan prototaip melalui teknologi 3D printing serta proses pemesinan seperti milling, drilling dan turning. Hasil pengujian menunjukkan ragum ini mampu meningkatkan kestabilan pemegangan, memudahkan pelarasan bahan kerja serta menyokong keberkesanan pembelajaran dan aplikasi pemesinan bagi bentuk bahan yang bergeometri.