KVO1141: SRS BUDDY'S

Alya Munirah Binti Azizuddin KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0435 | 2 Likes | 46 Views | 64 times | LS: 66.1
Like it? | Support them now!

Supplemental Restrain System (SRS) adalah modul yang wajib dalam pembelajaran di program Teknologi Automotif. Namun, tinjauan awal mendapati pelajar sukar untuk memahami konsep SRS yang abstrak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan alat bantu latihan sebagai pemudah cara . Oleh hal demikian, projek SRS Buddy’s telah dibangunkan dan diuji menggunakan soal selidik terhadap 10 orang responden yang terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan SRS Buddy’s sesuai sebagai alat bantu latihan terutama bagi pelajar yang mempunyai masalah memahami konsep asas SRS dan komponen berkaitan.