KVO1126: REVOGUE ECO FASHION

SHARONE ANAK CHANGGAT Kolej Vokasional Kuching

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Mungkin ramai tidak tahu proses penguraian tekstil yang berlaku secara semula jadi membebaskan metana iaitu gas rumah hijau yang berbahaya dan menjadi penyumbang utama pemanasan global. Ada pewarna dan bahan kimia dalam tekstil serta komponen lain pakaian atau kasut yang boleh meresap ke dalam tanah hingga menyebabkan mencemarkan tanah dan saliran air. Kitar semula pakaian terbuang merupakan satu pendekatan yang penting dalam usaha mengurangkan pembaziran tekstil serta memberi peluang untuk kreativiti dalam pembuatan pakaian baru. Proses ini melibatkan pengumpulan pakaian terpakai, mengasingkan bahan yang masih boleh digunakan, dan menggunakan teknik-teknik kreatif untuk mengubahnya menjadi rekaan-rekaan baru yang menarik. Melalui kitar semula pakaian, tidak hanya dapat mengurangkan jumlah bahan terbuang yang mencemari alam, tetapi juga memberi inspirasi kepada para pereka fesyen untuk mencipta pakaian yang unik dan berinovasi. Ini memberi peluang untuk mengurangkan tekanan terhadap sumber alam semulajadi sambil menggalakkan sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran dalam industri pakaian.