KVO639: COMPOST DM

NUR ADIBAH ROSS BINTI ROSLI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1045 | 7 Likes | 67 Views | 158 times | LS: 165.7
Like it? | Support them now!

Projek ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa pepejal daripada dewan makan asrama Kolej Vokasional Pasir Puteh. Melalui projek ini ia dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal dewan makan di mana sisa pepejal seperti lebihan sayuran hijau yang belum dimasak, kulit bawang, lebihan nasi putih, kulit telur dan juga sisa buah-buahan dikumpulkan untuk dijadikan baja kompos. Sisa pepejal ini dikumpulkan dalam satu bekas yang dicampurkan dengan bahan-bahan kering untuk mencukupi nisbah karbon dalam penguraian kompos seperti sarang telur, daun kering, rumput kering dan lebihan sisa media semaian biji benih . Bahan-bahan campuran ini disiram dengan mol air beras bagi mempercepatkan proses pengkomposan. Hasil projek ini dilihat dari aspek pada jumlah sisa pepejal yang dikumpulkan dan jumlah kompos yang terhasil.