SYAZA AINA BINTI AB. HASHIM KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
Inovasi yang dibangunkan ini merupakan sebuah aplikasi yang berkaitan Kursus Pemasaran yang ditawarkan di peringkat Sijil, bagi Program Sijil Pengoperasian Perniagaan, di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Projek ini bertujuan untuk memudahkan pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan nota serta mengulangkaji pelajaran dengan mudah mengikut kesesuaian aplikasi yang dibangunkan. Justeru, menghasilkan sebuah aplikasi memberi kepentingan kepada pensyarah untuk meneruskan pembelajaran dengan cara yang mudah dan ringkas. Selain itu, ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk terus menggunakan aplikasi dari semasa ke semasa. Timbulnya idea untuk membangunkan aplikasi ini disebabkan pensyarah menggunakan cara lama untuk menghantar nota kepada pelajar seperti dalam whatsapp dan telegram. Ini mendatangkan kesukaran kepada pelajar kerana perlunya ada internet yang laju dan stabil serta menggunakan ruang storage yang banyak. Objektif pembangunan aplikasi ini adalah untuk membangunkan dan menguji satu aplikasi untuk kegunaan pensyarah dan pelajar, yang diberikan nama "Learning Marketing Apps". Dengan terhasilnya inovasi ini, diharapkan agar ianya dapat menjimatkan masa pelajar dan pensyarah untuk mendapatkan nota, serta memudahkan pensyarah untuk menghantar nota atau membuat quiz dimana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja.