MOHAMAD BASIR BIN BAHARUDIN KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Penggunaan radiograf dalam bidang pergigian dapat disimpulkan bahawa masih banyak institusi perubatan (swasta dan awam) di negara ini masih menggunakan perkhidmatan kaedah pengeringan secara terbuka apabila mengeringkan radiograf. Ianya mengambil masa yang lama untuk dikeringkan yang mana akan menimbulkan masalah-masalah seperti melambatkan proses diagnostik yang boleh memakan kos dan memakan tempoh rawatan, pada hari-hari ketika begitu ramai pesakit hadir. Inovasi ini direka untuk menangani masa pengeringan yang lama dengan membina pengering filem yang akan mengawal suhu, serta menjimatkan masa, kos, serta mesra pengguna. Projek ini dinamakan ‘LumiereRay’ yang membawa makna pancaran cahaya. Ianya merupakan projek di bawah kategori produk. LumiereRay dicipta dengan tujuan untuk memudahkan pembantu perawatan kesihatan dan pegawai pergigian memproses radiograf dengan lebih mudah serta efisien. Penghasilan produk ini berkonsepkan inkubator telur iatu peranti yang menyerupai proses pengeraman semula jadi burung, menyediakan persekitaran terkawal dari segi suhu dan kelembapan untuk penetasan telur. Dengan idea dari peranti ini, LumiereRay dicipta bagi mengeringkan radiograf dalam suhu yang telah diuji kaji yang tidak merosakkan radiogaf agar jangkitan silang dapat dikurangkan serta mengurangkan risiko kerosakan pada filem radiograf. Dengan penghasilan produk ini, ianya dapat mengatasi masalah seperti tempoh pengeringan serta pemprosesan radiograf yang memakan masa lama di bilik surgeri. Ini membantu staf pergigian daerah Lipis yang memproses radiograf untuk melaksanakan tugasan klinikal dengan lebih efisien serta produktiviti dapat ditingkatkan. Penggunaan radiograf juga akan lebih mudah dengan penghasilan produk ini.