KVO1101: TRACKYMEOW

ZURAINI BINTI SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 82 times | LS: 82.0
Like it? | Support them now!

Projek ini dinamakan TrackyMeow atau dikenali sebagai Sistem Pengesan Kucing untuk memudahkan pemilik kucing mencari dan mengetahui keberadaan kucing mereka yang hilang. Projek ini menggunakan teknologi NodeMCU ESP8266, NEO 6M GPS Module dan aplikasi Blynk. Selain itu, melalui projek ini juga akan disertakan dengan QR Code. Sekiranya orang luar menjumpai kucing tersebut, mereka dapat mengetahui siapa pemilik kucing tersebut melalui mengimbas QR Code di collar kucing. Penyataan masalah yang terdapat dalam projek ini adalah kebanyakan pemilik kucing tidak tahu keberadaan kucing mereka yang hilang secara tiba-tiba. Selain itu, sekiranya orang luar menjumpai kucing tersebut, mereka tidak dapat mengetahui siapa pemilik kucing. Antara objektif projek ini adalah dapat mengetahui keberadaan kucing jika berlaku kehilangan dan dapat membantu orang luar untuk mengetahui pemilik kucing dengan menggunakan pengimbas QR Code serta dapat meningkatkan tahap keselamatan kucing dengan menghadkan capaian akses penggunaan. Projek ini telah diedarkan kepada penduduk Taman Mergong Jaya seramai 80 orang yang menggunakan projek TrackyMeow. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan boring soal selidik menggunakan Google Form. Hasil analisis data menunjukkan respoden bersetuju terhadap kesesuaian Sistem Pengesan Kucing untuk memudahkan pemilik kucing mencari dan mengetahui keberadaan kucing mereka yang hilang.