NUR FATIN SANIAH BINTI AWANG ALIAS SMK SULTAN MANSOR
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Mika Churros yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Mika Churros merupakan satu produk hidangan pastri yang diinovasikan daripada Churros yang terdapat di pasaran. Mika Churros menggunakan jerami nangka sebagai bahan utama dan sesuai dijadikan sebagai Hidangan Sampingan yang merupakan tajuk diajar dalam CU02 Cooking Technique terdapat dalam NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang golongan (guru dan murid) di sekitar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan guru dan murid berkaitan dengan produk jerami nangka (73%), tahap penerimaan golongan terhadap Mika Churros yang bertekstur rangup dan rasa sedap (84%) serta potensi Mika Churros dipasarkan (80%). Secara keseluruhan golongan (Guru dan murid) dapat menerima Mika Churros yang merupakan Churros yang bertekstur rangup dan mempunyai rasa sedap.