KVO764: MINI HYDRO PORTABLE TURBINE

NABIHAH BINTI ABDUL SAMAD Kolej Vokasional Melaka Tengah

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2771 | 46 Likes | 166 Views | 158 times | LS: 216.7
Like it? | Support them now!

Kajian ini dihasilkan dengan mengaplikasikan pembelajaran yang lepas seperti Kinematic and Dynamic, AC DC Motor, dan Green Technology. Projek ini menggunakan sistem pertukaran tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Projek ini menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati seperti aluminium hollow, motor generator, pulley and belt dan turbine. Cara projek ini berfungsi adalah apabila air yang berarus menggerakkan turbin seterusnya akan menggerakkan pulley and belt yang disambungkan terus ke motor generator untuk menghasilkan tenaga elektrik dan akan disambungkan ke bateri untuk kegunaan harian.Bagi memastikan projek ini dapat berjalan dengan lancar bahagian mekanikal perlu dipasang dengan baik seperti perlu memasang tutbin dalam keadaan yang lurus dan tegak supaya dapat memastikan air dapat menolak turbin dengan lebih baik. Kemudian, antara pengujian yang dilakukan pada projek ini adalah ujian voltan menggunakan multimeter serta membuat ujian kalis air untuk memastikan motor generator serta bateri tidak terdedah kepada air. Dengan alat ini, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah untuk medapatkan bekalan elektrik di Kawasan pendalaman dan dapat memastikan kerja harian dapat dijalankan. Para pengkaji juga dapat sumber elektrik semasa membuat kajian di hutan.