PRO72: GLOBETROTTER

NOR AFILIA BINTI MOHAMMAD IRWAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.1905 | 16 Likes | 84 Views | 205 times | LS: 224.1
Like it? | Support them now!

Inovasi PdP seringkali diwujudkan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar. Beberapa tahun kebelakangan ini, teknik-teknik pengintegrasian gamifikasi banyak diketengahkan ke dalam sistem pendidikan semenjak dunia dilanda wabak pandemic Covid 19 pada tahun 2019. Ekoran daripada perlanjutan sistem pembelajaran daripada rumah secara online berterusan hampir selama dua tahun, motivasi pelajar dalam pentaksiran bilik darjah didapati semakin berkurangan. Lantaran itu, implementasi inovasi gamifikasi dalam pendidikan diwujudkan bagi mengenalpasti keberkesanan dalam peningkatan motivasi pelajar. Berikutan idea tersebut, inovasi gamifikasi secara Augmented Reality ini direka bagi membantu pelajar Pelancongan dan berkhusus kepada subjek pelancongan yang menguji kepada 3 elemen (kognitif, audio dan visualisasi) dalam membantu meningkatkan motivasi mereka untuk terus fokus semasa sesi pembelajaran. Secara tidak langsung dengan wujudnya gamifikasi pendidikan secara berkhusus seperti ini bahkan dapat membantu dalam memperkembangkan pendidikan pelancongan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Kaedah ini didapati lebih berkesan dimana permainan interaktif seperti ini dapat menarik minat pelajar bahkan jimat kos sepertimana permainan interaktif lain yang terbukti berkesan seperti ‘Quizziz’