PRO487: ECO SMART WIRING CONTROLLER

SITI IZWANI BINTI ZAINAL ABIDIN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 23 Views | 81 times | LS: 81.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini dibangunkan adalah untuk mengatasi masalah pelajar dalam memahami teori dan mendawai litar kawalan bagi modul Motor Elektrik. Berdasarkan pemerhatian awal, didapati pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam memahami dan melakukan pendawaian litar yang kemas dan betul. Pelajar menunjukkan reaksi yang keliru bila mana pensyarah menunjukkan cara pembinaan litar dengan menggunakan slide dan melukis di papan putih. Inovasi ini merupakan alat bantu mengajar yang membantu pensyarah mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas supaya lebih kreatif, berkesan dan proaktif. Dengan adanya inovasi ini, pensyarah boleh menunjukkan keadaan sebenar pendawaian motor satu fasa dan kendaliannya. Maka pelajar akan lebih memahami dan mampu melakukan pendawaian litar motor satu fasa dengan lebih baik. Inovasi ini menekankan ciri-ciri keselamatan, mesra pengguna dan kos yang rendah. Sejajar dengan ini, dapatlah kita ketahui bahawa pendidik memerlukan kreativiti dan alat bantu mengajar yang sesuai dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas.