PRO458: INOVASI MEDIUM URUTAN BADAN AURA LE NELLA

NORHAZIDAHNI BINTI ZAMANI KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0400 | 2 Likes | 50 Views | 67 times | LS: 69.1
Like it? | Support them now!

Minyak urut adalah medium yang digunakan untuk melancarkan urutan badan sekaligus dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi. Berurut dapat melegakan otot badan yang lenguh, di samping aroma ekstrak tumbuhan mampu menenangkan minda. Definisi mengurut ialah merawat tekanan serta sakit badan dengan menggosok, menguli otot dan sendi badan menggunakan tangan. Jika minyak urut tidak digunakan, tangan akan menyeret pada kulit dan boleh menyebabkan iritasi serta ketidakselesaan di kulit badan. Dalam projek ini, produk Aura Le Nella dibangunkan bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan serai wangi dan mengurangkan kebergantungan penggunaan bahan kimia. Objektif penghasilan Aura Le Nella adalah bertindak sebagai minyak urut, mengharumkan bau badan dan sebagai produk antioksida. Aura Le Nella mengandungi bahan semulajadi dan ia dapat membantu mengurangkan tekanan (stress) dan kebimbangan (anxiety). Aroma Aura Le Nella sangat menenangkan dan memberikan kelembapan kepada kulit apabila disapu. Penghasilan inovasi ini menggunakan tumbuhan semulajadi yang segar dan tinggi antioksida iaitu serai wangi, minyak jojoba, dan pati lemon yang dicampurkan serta dipanaskan seketika bagi penyatuan aroma yang harum. Selain itu, Aura Le Nella boleh digunakan oleh pelajar Program Kosmetologi di KVDUHMS semasa sesi PDPC. Penerimaan yang baik dalam kalangan pelajar, pensyarah dan warga kolej yang mementingkan penjagaan kesihatan badan menunjukkan bahawa Aura Le Nella sangat berpotensi untuk dipasarkan secara meluas. Istimewanya, ujian makmal yang telah dilaksanakan membuktikan Aura Le Nella mempunyai kadar PH yang sesuai untuk kulit badan dan kadar kelembapan yang tinggi. Aura Le Nella dihasilkan dengan saiz produk yang kecil memudahkan ia disimpan, sesuai untuk perjalanan yang jauh dan tahan lama. Secara tidak langsung ia memberi keuntungan kepada organisasi bagi melaksanakan rawatan spa badan. Kata Kunci : Iritasi, Serai Wangi, Antioksida, PH