PRO1132: APLIKASI ADNROID KOSA KATA BAHASA ARAB TAHUN 3

MOHD HAFIZSALEHUDDIN BIN ISMAIL SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TEH, MUKAH

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 60 times | LS: 60.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi Android Kosa Kata Bahasa Arab Tahun 3merupakan satu aplikasi media pembelajaran berbentuk android. Ia dihasilkan bertujuan untuk membantu murid Tahun 3 untuk belajar kosa kata Bahasa Arab Tahun 3 dengan lebih mudah. Ianya sangat sesuai dengan enrolmen murid di sekolah saya yang majoritinya ialah bukan Islam. Mereka tidak kenal akan huruf hijaiyah dengan baik. Jadi, aplikasi ini dihasilkan bagi memudahkan mereka sendiri belajar kosa kata di rumah atau di mana-mana sahaja. Aplikasi ini dilihat mampu untuk membantu murid tahun 3 bagi menguasi kemahiran menyebut, membaca dan mengenal kosa kata Bahasa Arab Tahun 3 dengan lebih mudah. Aplikasi ini mempunyai media bergambar, audio serta kuiz di dalamnya. Penggunaan warna yang pelbagai dilihat mampu menarik minat murid untuk belajar Bahasa Arab dengan lebih mudah.