AZAWI BIN JUSOH SMK SERI BUDIMAN
Budiman.Net merupakan Sistem Pengurusan Data SMK Seri Budiman yang dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat sekolah secara digital, sistematik dan berpusat. Sistem ini merangkumi perekodan maklumat asas pelajar, kokurikulum, kehadiran pelajar menggunakan kod QR, keberadaan pelajar dan guru di kelas serta aktiviti luar. Ia menyokong Sustainable Development Goals (SDG) ke-4 (Quality Education) dan ke-16 (Peace, Justice and Strong Institution). Penggunaan Kad Digital Pelajar membolehkan kehadiran pelajar direkod secara digital dan ibu bapa mengetahui status kehadiran semasa. Sistem ini mengurangkan kebergantungan rekod fizikal dan mempercepatkan proses pengurusan data sekolah serta memperkukuh komunikasi antara sekolah dan ibu bapa selaras dengan agenda pendigitalan pendidikan semasa.