KU NOR ATIKAH BINTI KU SHUIB KOLEJ VOKASIONAL KULIM
Mesin pelerai salutan elektrod mini mudahalih atau nama singkatannya (Portable Mini MPeSE) dibangunakan dan di naiktaraf rekabentuk adalah bertujuan bagi meleraikan salutan elektrod pada puntung elektrod yang terpakai. Ia dibina dengan kos yang minima dengan menggunakan bahan kitar semula. Puntung elektrod yang diproses menggunakan mesin in boleh dijual sebagai bahan lusuh. Portable MINi MPeSE yang dihasilkan dapat menjimatkan masa mengetuk satu persatu puntung elektrod yang terkumpul kerana mesin ini dapat melerai 3 salutan elektrod sekali gus. Projek ini mudah digunakan dan di selenggara. Projek ini juga mudah dibawa kerana saiznya yang kecil. Penghasilan Portable mini MPeSE ini amat diyakini dapat dimanfaatkan dengan mengurangkan pembaziran bahan luak dibengkel.