NUR QAREENA QISTINA BINTI LAHIM MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN
Bontugan Sejarah merupakan salah satu projek untuk mewujudkan bahan bantu belajar di dalam kelas bagi subjek Sejarah. Bontugan yang bermaksud kecemerlangan didalam bahasa dusun adalah projek untuk aktiviti gamifikasi di dalam kelas bagi tujuan untuk menjadikan aktiviti kelas lebih menarik disamping meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, bersaing, berusaha untuk mencapai kejayaan dan semangat ingin mencuba. Papan permainan Bontugan Sejarah adalah bertujuan untuk bahan bantu belajar bagi pelajar menjawab soalan atau latihan selepas selesai sesuatu topik atau digunakan oleh guru sebagai salah satu cara untuk ulang kaji sesuatu bab bagi persediaan untuk ujian atau penilaian. Cara papan permainan ini yang fleksible dan bergantung kepada kreativiti guru menyebabkan akhirnya papan permainan ini boleh digunakan oleh setiap tingkatan. Papan permainan Bontugan Sejarah boleh dimainkan dalam pelbagai bentuk dan cara samaada tetapi menggunakan konsep yang sama iaitu pelajar hanya boleh bergerak sekiranya mereka berjaya memberikan jawapan yang betul sahaja dan akan kembali ke tempat asal sekiranya mereka memberikan jawapan yang salah bagi soalan yang diberikan. Aktiviti menggunakan papan permainan Bontugan Sejarah ini boleh dimainkan secara individu mahupun berkumpulan serta boleh dimainkan dengan pelbagai cara mengikut jumlah pelajar di dalam kelas, objektif pembelajaran bagi kelas tersebut, kesediaan soalan@bahan atau jumlah pemenang yang diperlukan oleh guru berdasarkan hadiah yang disediakan.