YI926: KIT INOVASI: ICE-CHECK

NUR FARAH QISTINA BINTI MOHD NAZARI SMK Labu Besar

Inovasi berasaskan petua tradisional yang bertujuan mengesan gangguan bekalan elektrik semasa ketiadaan penghuni di rumah. Kit ini disediakan menggunakan bahan mudah dan murah seperti botol lutsinar, air dan duit syiling. Air yang dibekukan bersama syiling menjadi penanda aras; jika bekalan elektrik terputus, ais mencair dan syiling akan jatuh. Kedudukan syiling menunjukkan sama ada makanan dalam peti sejuk masih selamat digunakan atau tidak. Penghuni tidak boleh mengesan samada bekalan elektrik terputus atau tidak jika tiada di rumah beberapa hari. Inovasi boleh meningkatkan keyakinan penghuni akan keselamatan makanan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Inovasi ini berfungsi sebagai indikator pintar yang murah, mudah digunakan dan mesra alam, sekaligus menyokong amalan keselamatan makanan dan kecekapan tenaga domestik.