KVO615: GELATO BARIO

MUHD IEMAN FAHEEM BIN MOHD RAZALI KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0722 | 7 Likes | 97 Views | 188 times | LS: 195.5
Like it? | Support them now!

Gelato Beras Bario merupakan salah satu produk inovasi yang berasaskan Beras Bario. Produk inovasi ini dihasilkan untuk memperkenalkan bahan tempatan negeri Sarawak yang boleh diperoleh di Miri. Produk ini bertujuan untuk menerangkan bahawa penggunaan beras bario boleh dipelbagaikan dalam kehidupan semua lapisan masyarakat. Produk ini diinspirasikan daripada aiskrim beras pulut yang telah ada di pasaran. Aiskrim merupakan manisan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Dengan adanya inovasi gelato berperisa baharu serta manisan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, produk ini berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih meluas. Kajian penerimaan terhadap produk ini telah dibuat dengan mengumpulkan data melalui borang soal selidik ke atas 20 orang responden yang terdiri daripada para pelajar, para pensyarah serta pihak pengurusan Kolej Vokasional Kuching dan juga masyarakat sekitar. Hasil pengumpulan data yang telah dibuat dan disediakan dalam bentuk carta pai menunjukkan bahawa responden menerima produk yang berasaskan Beras Bario.