MUHAMMAD NUR ISLAM BIN MOHD RIDZUAN SK BAGAN SERAI
Isu lambakan sisa makanan khususnya kulit buah-buahan seperti pisang dan oren dilihat sebagai cabaran dalam pengurusan sisa di sekolah. Sisa ini seringkali tidak dimanfaatkan meskipun mempunyai potensi sebagai bahan alternatif lestari. Terdapat jurang ketara dalam mengintegrasikan bahan buangan ini sebagai medium pembelajaran yang praktikal, berasaskan aplikasi dan kontekstual. Kajian ini bertujuan membangunkan BRILEAF, iaitu blok aroma lestari yang dihasilkan daripada kulit pisang dan bahan semula jadi lain, yang boleh dihasilkan sendiri oleh murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk pra-eksperimen dan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data persepsi terhadap produk yang dihadilkan daripada murid. Proses penghasilan melalui tiga fasa percubaan telah membolehkan penambahbaikan dari segi teknik pengeringan, struktur dan nilai aroma. Hasil akhir menunjukkan bahawa blok beraroma dapat dihasilkan dengan bentuk yang kukuh dan bau yang menyenangkan. Dari sudut teori, kajian ini menyokong pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar dalam menyampaikan konsep sains asas secara bermakna. Dari sudut praktikal pula, inovasi ini menawarkan model pendidikan rendah karbon yang mudah, murah dan selamat, sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.