JI1075: JEJAK KATA

NIK ALMA QAIRINA BINTI NIK MOHD ZIKRI SK SUNGAI HAJI MUHAMMAD

Inovasi Jejak Kata merupakan sebuah inovasi yang dibangunkan unntuk membantu murid memahami topik kata nama bahasa Melayu dengan lebih mudah dan santai. Semasa ujian pra dijalankan, masih terdapat murid keliru penggunaan kata nama am dan khas yang betul. Inovasi ini dicipta dalam satu set yang merangkumi tiga bahan iaitu bahan pertama ialah kad imbas. Murid menggunakan kad imbas untuk mengenali kata nama am dan kata nama khas yang betul. Kedua, set permainan Jejak Kata yang membolehkan murid mempelajari kata nama dengan menjawab soalan melalui permainan. Akhir sekali, bahagian ketiga ialah modul panduan permainan bahasa. Modul ini mempunyai beberapa permainan bahasa yang boleh dijalankan oleh guru di dalam kelas untuk memudahkan murid memahami kata nama dengan cara bermain yang menguji minda dan pergerakan murid-murid.