YI417: MONOPOLI PERIBAHASA

AUDREY CHANG JING YING SMK PENRISSEN

Monopoli Peribahasa adalah permainan pendidikan yang menggabungkan konsep monopoli dengan pembelajaran peribahasa dalam Bahasa Melayu. Pemain menggerakkan pion menggunakan dadu dan menjawab soalan peribahasa apabila mendarat pada petak tertentu. Permainan ini bertujuan membantu pelajar memahami, menguasai, dan mengaplikasikan peribahasa dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Ia meningkatkan penguasaan peribahasa, motivasi, interaksi, dan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, serta sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kelas atau aktiviti luar bilik darjah.