YI847: BIOAROMAGUARD

Rabiatul Adawiyyah Binti Mohd Zahanuddin SMK TUMPAT

Abstrak:

        Kajian ini membincangkan inovasi biopestisid mesra alam yang berasaskan bahan semulajadi, dikenali sebagai BioAromaGuard, yang direka khas untuk mengawal lipas di dalam rumah secara selamat dan efektif. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen untuk menganalisis keberkesanan biopestisid terhadap lipas di dalam rumah. Daripada penyelidikan, ia menunjukkan bahawa racun serangga mesra alam ini dibuat daripada serai, daun pudina, daun pandan, soda bikarbonat, minyak kelapa, gula, dan serbuk agar-agar. Kami menggunakan bahan semula jadi yang boleh terbiodegradasi, boleh dikompos dan boleh dimakan. Ia benar-benar selamat jika tidak sengaja termakan.  BioAromaGuard berbau wangi berbanding racun serangga biasa. Ia adalah satu proses campuran ekstrak serai, daun pudina, dan daun pandan. Seterusnya dicampur dengan soda bikarbonat serta minyak kelapa supaya bau kekal lama. Campuran juga dicampur dengan serbuk agar-agar untuk menjadikannya jeli bagi memudahkan penggunaan penghapusan lipas. Selepas membuat percubaan beberapa kali, BioAromaGuard terbukti ia dapat membunuh lipas melalui bahan semula jadi. Kesimpulannya, BioAromaGuard sesuai untuk kegunaan rumah kerana selamat jika termakan.

Kata kunci: racun serangga; mesra alam; serangga perosak; bahan semulajadi