JI946: SMART LIFE

NUR ADNI ZHAFIRAH BINTI MOHD HAIZAN SK Bandar

Aplikasi ini dibina menggunakan platform MIT App Inventor dan direka khas untuk telefon Android bagi membantu keluarga memantau aspek penting berkaitan kesihatan dengan mudah, cepat dan sistematik. Ia menawarkan empat fungsi utama iaitu pemantauan pengambilan ubat, peringatan temujanji doktor, senarai ubat kecemasan, dan nombor telefon kecemasan. Aplikasi ini amat sesuai digunakan oleh semua ahli keluarga termasuk warga emas kerana antara mukanya yang mesra pengguna dan mudah difahami. Dengan aplikasi ini,
tahap kesedaran terhadap kesihatan dalam kalangan keluarga dapat ditingkatkan dan langkah awal dapat diambil bagi mengelakkan kecemasan. Aplikasi ini telah berjaya menunjukkan keberkesanan dalam memudahkan pengguna menyusun rutin kesihatan harian, mengelakkan terlupa makan ubat, dan bersedia dalam situasi
kecemasan. Pengguna memberikan maklum balas positif kerana aplikasi ini menjimatkan masa dan memberi ketenangan minda terutama bagi penjaga warga emas atau ahli keluarga yang sakit. Ia sekaligus menyumbang kepada gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan yang lebih teratur dalam sesebuah keluarga.