KVO934: SMART SEWING BAG

SITI NUR BALQIS BINTI MOHAMAD ASRI Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Seni Reka Fesyen merupakan salah 1 program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Sebanyak 20 buah kolej vokasional seluruh Malaysia yang menawarkan program ini. Pelajar program Seni Reka Fesyen akan mengikuti kelas mendraf pola dan kelas menjahit semasa di peringkat Sijil Vokasional Malaysia. Di peringkat ini pelajar banyak menggunakan peralatan menjahit bagi membantu pembelajaran amali mereka. Antara peralatan yang digunakan ialah alat-alat kecil ketika proses menjahit pakaian seperti gunting kertas, gunting fabrik, gunting sulaman, penetas benang, gelendong, sekoci dan beberapa alatan kecil yang lain. Apatah lagi pelajar Seni Reka Fesyen di kolej-kolej vokasional perlu membawa peralatan ini secara ulang ketika ke kelas amali dan setelah selesai kelas amali. Manakala peralatan kecil yang lain pula mudah tercicir jika tidak simpan dengan betul dan sukar dicari jika disimpan didalam bekas yang tidak sesuai. Oleh itu proses pembelajaran terganggu sekiranya tiada alatan yang lengkap semasa kelas amali. Smart Sewing Bag merupakan produk inovasi yang sesuai digunakan bagi membantu semua pelajar program Seni Reka Fesyen di kolej vokasional khususnya mahu di institusi yang berkaitan dengannya. Produk ini juga mempunyai potensi untuk dikomersilkan kerana ianya sangat sesuai digunakan oleh semua lapisan usia yang terlibat dalam bidang Seni Reka Fesyen.