NORHANI QISTINA BINTI MUHD HAZRUL SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF
Piper Betel (Daun Sireh) banyak, murah dan mudah didapati di Malaysia sekali gus menyokong perkembangan ekonomi dalam pembuatan produk komersial. Daun Sireh mengandungi banyak fitokimia yang boleh digunakan untuk pengekstrakan. Analisis awal daun sireh dari Malaysia menunjukkan bahawa alkaloid,tannin,glikosida,gula penurun. Terdapat juga saponin dalam ekstrak air daun sirih. Mengikut petua yang di amalkan oleh nenek moyang, daun sireh lazimnya digunakan untuk rawatan batuk bagi kanak-kanak. Daun sireh mempunyai sensasi sejuk yang boleh melegakan dan mengeluarkan kahak melalui muntah. Pihak United States Food And Drug Administration(USFDA) telah mengeluarkan amaran berkenaan penggunaan ubat untuk rawatan ‘cough and cold’ yang boleh didapatkan tanpa preskripsi adalah tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun. Ini adalah disebabkan oleh kemungkinan berlakunya kesan yang serius dan berpotensi untuk menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, produk B Balm diinovasikan untuk kegunaan rawatan batuk dalam kalangan kanak-kanak berumur di bawah dua tahun.