NUR DAMIA MARSYA BINTI ABU AMRU SMK SUNGAI LAYAR
Projek inovasi SiCat Seat ini merupakan satu inisiatif kitar semula yang berfokus kepada penghasilan kerusi daripada tong cat terpakai. SiCat Seat ialah singkatan daripada Sisa Cat + Seat. Inovasi ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan jumlah sisa pepejal, khususnya bahan buangan domestik seperti tong cat yang sukar terurai. Selain dapat menjimatkan kos, projek ini juga memberi nilai estetika dan fungsi kepada perabot di rumah, sekolah, atau ruang santai.