Aniq Irfan Safwan Bin Amran INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA BEGARA BUKIT MERTAJAM
Penggunaan peranti elektronik mudah alih telah memberikan impak yang signifikan dalam kehidupan seharian. Setiap institut pendidikan dan sekolah berasrama dilengkapi dengan pagar yang perlu dipantau, namun penyelia dan pengawal asrama sering menghadapi cabaran untuk memastikan pagar sentiasa berkunci. Situasi ini berlaku kerana mereka sering terlibat dengan hal kecemasan, yang kadangkala menyebabkan terlupa untuk memeriksa keadaan pagar secara berkala. Menurut kajian Utusan Malaysia, 3.9% pelajar didapati ponteng kelas, dan ini menjadi faktor kepada insiden pelajar memanjat pagar untuk keluar dari kawasan asrama atau meninggalkan kelas lebih awal. Oleh itu, sistem pemantauan kunci pagar berasaskan IoT diperkenalkan bagi mengurangkan masalah ini dan meringankan beban penyelia serta pengawal asrama.
Projek ini menggunakan ESP32 sebagai mikro pengawal utama yang mengendalikan keseluruhan sistem, dengan pemrograman dilakukan melalui aplikasi Arduino IDE. Sistem ini beroperasi secara automatik dan memproses data yang dihantar ke telefon pintar menggunakan aplikasi khas. Terdapat dua mod kawalan dalam sistem ini iaitu automatik dan manual. Mod automatik menggunakan Micro-linear Actuator untuk mengunci dan membuka kunci pagar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Mod manual pula membolehkan pengguna mengawal pagar melalui sambungan WiFi menggunakan aplikasi Blynk atau melalui butang tekan (push button) untuk mengunci atau membuka kunci pagar pada bila-bila masa. Aplikasi Blynk juga memberikan maklumat tentang status pagar, sama ada berkunci atau tidak, untuk memudahkan pemantauan jarak jauh. Selain itu, sistem ini dilengkapi dengan vibration sensor untuk mengesan sebarang gegaran pada pagar, meningkatkan lagi tahap keselamatan. Dengan pengenalan sistem IoT ini, projek ini diharapkan dapat menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pengawal dan penyelia asrama dalam memastikan pagar sentiasa terkawal pada setiap masa.