MUNA WARAH BINTI NUKMAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Garam Bario sangat sinonim dikalangan masyarakat Sarawak sebagai hasil mineral berkhasiat dari tanah tinggi Bario. Khasiatnya telah dikaji oleh penyelidik luar negara sejak tahun 1955 lagi. Hasil temuramah kepada pengusaha Garam Bario dan penduduk di situ menunjukkan tiada lagi produk pencuci tangan cecair daripada garam Bario. Tinjauan di pasaran menunjukkan hanya garam Bario sebagai perasa makanan dijual. Oleh itu, kumpulan kami mengambil peluang ini untuk mencipta Myy Bario Handwash yang menggunakan garam Bario sebagai bahan utamanya. Hasilnya telah diedarkan sejak Jun 2022 untuk membantu warga Kolej Vokasional Miri serta keluarga kami mencegah penyakit dan membersihkan tangan dengan lebih bersih. Penggunaan garam Bario semestinya boleh mempelbagaikan produk dan meningkatkan ekonomi Sarawak khususnya di Bario. Bukan itu sahaja, kami juga menggunakan garam Bario ini kerana ia bebas daripada agen pelunturan kerana disediakan secara tradisional. Pelbagai eksperimen mudah telah dijalankan untuk memastikan MYY Bario Handwash ini selamat dan berkesan di gunakan.Tinjauan ke atas 144 responden melalui temubual dan borang kaji selidik yang telah menggunakan MYY Bario Hand Wash menunjukkan maklumbalas yang positif dan berpotensi untuk dipasarkan.