YI913: MERDECAT: MEMUPUK PATRIOTISME DENGAN PERMAINAN VIDEO

MUHAMMAD AQIL HAKIMI BIN AZHARI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA BERANG

“MerdeCat” adalah pemainan video yang berteraskan pendidikan yang diinovasi khas untuk memupuk minat para pelajar akan subjek sejarah, meningkatkan pencapaian dan menerapkan elemen patriotisme. Hal ini kerana subjek sejarah merupakan subjek yang amat penting, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Subjek ini merupakan subjek yang berkaitan penghafalan. Oleh hal demikian bukan semua pelajar mampu menguasai teknik ini. Permainan video yang bersifat “edutaiment” ini dibina melalui platform Construct 3 yang digunakan sebagai bahan bantu mengulangkaji pembelajaran yang mempunyai penggunaan elemen dan grafik yang dapat meningkatkan minat para pelajar. Penghasilan MerdeCat ini juga tidak memerlukan sebarang kos dan boleh digunakan secara meluas dan juga mudah diakses hanya melalui laman sesawang sahaja. Permainan video ini dibahagikan kepada beberapa peringkat dan aras pembelajaran bermula dari pemikiran aras rendah ke pemikiran aras tinggi bagi menguji kefahaman para pelajar akan subtopik yang telah dipelajari. Selain itu, prestasi dalam akademik juga dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran yang berkualiti selaras dengan matlamat pembangunan mapan yang keempat iaitu pendidikan berkualiti dan juga pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Produk inovasi ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk minat terhadap subjek sejarah dan memupuk patriotisme demi masa depan bersama.