YI570: SOEN SYSTEM

MUHAMMAD NAUFAL BIN SHAMSUL MRSM Balik Pulau

Sistem ini merupakan sebuah projek yang perlu mendapat persetujuan oleh pihak atasan/pihak berkuasa/kerajaan bagi menjayakan projek ini. Projek ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa kedua selain sumber kuasa induk yang dikendalikan oleh organisasi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kawasan perumahan dikelilingi oleh panel solar di setiap kawasan perumahan dan kuasa elektrik yang dihasilkan bakal disatukan di sebuah kawasan dan akan menyalurkan sumber kuasa elektrik kepada setiap rumah yang berada di kawasan perumahan itu. Sebagai contoh: Panel solar diletakkan di setiap Tiang Lampu,Tiang elektrik dan di kawasan-kawasan tertentu. Maka penghuni di kawasan perumahan itu tidak mempunyai tunggakan bil elektrik yang banyak. Sistem ini akan dikendalikan oleh sebuah organisasi yang bakal diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan penyelenggaraan sistem ini. Dengan adanya organisasi baharu ini,hal ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan di Malaysia dan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Negara kita.