SITINORSHAM BINTI SHAMSUDIN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
Effective Resistance Flashcard merupakan sejenis permainan pendidikan yang direkabentuk oleh pensyarah sebagai inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Fizik. Effective Resistance Flashcard datang dalam dua bentuk iaitu secara digital, Effective Resistance Digital Flashcard by Wordwall dan juga Effective Resistance Flashcard secara maujud untuk memudahkan aktiviti pembelajaran pelajar secara berkumpulan di dalam kelas di jalankan. Pendekatan belajar sambil bermain yang dipilih oleh pensyarah bagi inovasi ini dijangkakan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam proses PdP sekaligus menarik minat pelajar terhadap topik yang dipelajari seterusnya mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan. Effective Resistance Digital Flashcard dan Effective Resistance Flashcard dihasilkan untuk membantu meningkatkan penguasaan dan pemahaman pelajar dalam menganalisis dan mengaplikasikan konsep perintang yang disusun secara sesiri dan selari serta menentukan rintangan berkesan bagi litar sesiri, litar selari dan litar gabungan. Effective Resistance Flashcard terdiri daripada 6 set soalan effective resistance beserta gambarajah litar yang dipermudahkan langkah demi langkah dan cara kerja pengiraan rintangan berkesan pada setiap langkah serta cara kerja pengiraan arus dan voltan pada setiap perintang. Semoga hasil inovasi kami ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik dan seterusnya meningkatkan pencapaian kolej.