KVO509: INTELLIGENT LOCKER

AHMAD DANISH SYAZWAN BIN ZULKIFLI INSITITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM

i3DC25 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Projek ini membangunkan sebuah sistem loker pintar berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) yang bertujuan meningkatkan aspek keselamatan, kemudahan penggunaan, serta kecekapan dalam pengurusan penyimpanan barang. Sistem ini menggunakan sensor cap jari sebagai kaedah pengesahan utama, bagi memastikan hanya individu yang dibenarkan sahaja dapat mengakses kandungan loker. Data pengesahan cap jari ini akan disimpan secara automatik ke dalam Google Sheet, membolehkan rekod akses disemak dan dianalisis bagi tujuan pemantauan dan keselamatan. Komponen utama sistem termasuk papan mikropengawal ESP32 yang berperanan sebagai pusat kawalan, menghubungkan semua modul serta menghantar data secara masa nyata ke aplikasi mudah alih bagi tujuan pemantauan jarak jauh. Selain itu, sistem ini turut dilengkapi dengan sensor getaran yang berfungsi untuk mengesan sebarang percubaan pencerobohan secara paksa, di mana ia akan mengaktifkan buzzer sebagai mekanisme amaran keselamatan.