QURROTU NAJWA BINTI HUSAIN SMK Labu Besar
Produk ini merupakan satu inovasi lestari yang menggunakan semula kapas muka terpakai sebagai pencetus pembakaran yang bersih dan mesra alam. Inisiatif ini lahir sebagai solusi kepada peningkatan sisa pepejal akibat penggunaan kapas muka dalam rutin harian penjagaan diri. Kapas yang telah digunakan dibersih, dikering, dan direndam dalam lilin organik tanpa parafin untuk dijadikan bahan pencetus api, menggantikan penggunaan tayar getah yang mencemarkan. Hasilnya, inovasi ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara, malah menyokong amalan tapak tangan karbon rendah. Produk ini bersifat mudah, murah, dan berpotensi besar untuk diaplikasi dalam komuniti bagi kelestarian alam sekitar.