KVO490: Kad DeDAUN TERUP

ADIB BIN MASHURI KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0435 | 1 Likes | 23 Views | 56 times | LS: 57.0
Like it? | Support them now!

Pengajaran Persamaan Kuadratik sering dihadapi dengan cabaran dalam mempertahankan minat pelajar serta meningkatkan pemahaman konsep yang kompleks. Penyebab utama termasuk kurangnya penerapan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan kekurangan interaktif dalam kaedah pengajaran tradisional. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, kami memperkenalkan KAD DeDAUN Terup sebagai alat pembelajaran permainan yang bertujuan untuk mempromosikan PAK-21, meningkatkan pemahaman konsep Persamaan Kuadratik, dan mengukuhkan kaedah penyelesaian. Diharapkan penggunaan KAD DeDAUN Terup akan menghasilkan impak positif dalam pembelajaran dengan meningkatkan pemahaman, keterlibatan aktif, dan kerjasama di kalangan pelajar. Produk ini juga menawarkan nilai tambah dengan kaedah permainan yang menarik, kos yang rendah, dan penyediaan template bagi memudahkan guru dalam penyusunan soalan. Permainan ini adalah seperti permainan daun terup, namun diinovasikan menjadikan soalan persamaan kuadratik yang mampu menarik minat pelajar. KAD DeDAUN Terup ini telah dilaksanakan di Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk kajian awal pembinaan. Borang soala selidik telah dibangunkan dan di agihkan kepada pelajar. Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan yang melibatkan pelajar tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia. Hasil daripada kajian ini, didapati kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan peramaan kuadratik semakin meningkat dan seterusnya pelajar lebih bersemangat untuk menyelesaikan soalan yang disediakan. Inovasi ini juga telah menjadikan sesi Pdp semakin menarik kerana melibatkan penggunaan atas talian dan berbentuk permainan. Melalui permainan yang interaktif, KAD DeDAUN Terup menyajikan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan serta diharapkan memberi manfaat dalam meningkatkan pemahaman konsep matematik serta kemahiran sosial pelajar.