SERHAAN ALI BIN AJMIR ALI SMK SUNGAI LAYAR
Pertanian moden memerlukan pendekatan inovatif yang menjimatkan ruang, masa, dan sumber air. Salah satu kaedah yang semakin mendapat tempat ialah sistem hidroponik, iaitu teknik penanaman tanpa menggunakan tanah tetapi menggunakan larutan nutrien sebagai sumber utama kepada tumbuhan. Hidroponik sangat sesuai diaplikasikan dalam persekitaran bandar atau kawasan yang mempunyai ruang terhad seperti sekolah. Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem hidroponik secara mudah dengan menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik dan kain sumbu, selaras dengan amalan lestari dan pendidikan STEM-PBL. Dengan menggunakan larutan nutrien AB, sistem ini membolehkan kami menanam sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung serta bayam di kawasan sekolah tanpa memerlukan tanah atau kawasan yang luas. Projek ini juga menyokong pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan pendekatan STEM melalui aktiviti reka bentuk dan pembinaan sistem hidroponik sendiri.