NUR IRDINA BINTI NORISYAM SMK DATO' AHMAD MAHER
PENGENALAN : Ais krim Maherian adalah ciptaan yang berbentuk makanan yang boleh dimakan setiap hari yang diilhamkan daripada "aiskrim Malaysia". Bahan utama dalam Ais krim Maherian ialah psyllium. Psyllium, atau juga dikenali sebagai ispaghula, adalah nama biasa yang digunakan untuk beberapa ahli genius tumbuhan Plantago yang benihnya digunakan secara komersial untuk pengeluaran lendir. Psyllium digunakan terutamanya sebagai serat makanan untuk melegakan gejala sembelit dan cirit-birit ringan, dan kadang-kadang sebagai pemekat makanan. Sembelit memberi kesan kepada majoriti penduduk dunia pada masa kini. Masalah ini timbul akibat daripada diet yang tidak seimbang dalam pengambilan makanan penduduk. Majoriti makanan yang diambil setiap hari mengandungi kurang sayur atau tidak cukup serat. Ini adalah punca utama sembelit. OBJEKTIF: untuk mengatasi masalah sembelit. Seterusnya buasir dan kanser usus. METODOLOGI: Penyediaan bermula dengan menambah 6 sudu psyllium ke dalam 1 liter air. Kemudian teruskan menunggu selama 10 minit. Selepas ia menjadi bertekstur jeli, masukkan gula dan campurkan dengan sirap berperisa ros. Seterusnya, campurkan jeli perisa yang dipilih dengan teliti. hasil menggunakan satu liter air boleh dijadikan 20 batang aiskrim Maherian. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 jam, kemudian boleh dinikmati atau dijual dengan segera. KEPUTUSAN: Masalah sembelit boleh dielakkan daripada berlaku. KESIMPULAN: Ais Krim Maherian adalah penyelesaian untuk semua orang terutamanya pelajar yang menghadapi masalah tidak minat mengambil sayur-sayuran sebagai hidangan harian. Selain rasa krim yang lazat, fobia ke tandas boleh di atasi juga. Apa yang kita makan tidak penting tetapi apa yang kita keluarkan dari badan kita lebih penting. Kerengsaan kanser usus boleh dielakkan.