YI44: TRI HOUSE

MUHAMMAD AAQIL BIN ARFIZAL MRSM TUN GHAZALI SHAFIE

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.0110 | 1 Likes | 91 Views | 233 times | LS: 234.0
Like it? | Support them now!

"Bangunan hijau" bermaksud bangunan atau projek pembangunan yang, dibina dalam reka bentuk, pembinaan atau operasinya. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan atau menghapuskan impak negatif pada masa akan datang. Seterusnya, melaui pembaharuan tersebut, ianya dapat mewujudkan impak positif terhadap iklim dan persekitaran semula jadi. Kumpulan “Innovative Pioneers” telah membangunkan sebuah model bangunan iaitu sebuah rumah yang berskala kecil dengan saiz ruang rumah mencecah 26cm lebar x 28cm panjang x 16cm tinggi yang mempunyai bahagian terbuka atasnya. Reka bentuknya yang lain daripada reka bentuk rumah yang sedia ada menyebabkan ramai masyarakat menarik minat mereka ke arah pembaharuan. Objektif produk ini adalah untuk memerkasakan penggunaan sumber alternatif atau sumber yang boleh diperbaharui selaras dengan konsep penjimatan penggunaan tenaga. Misalnya, penggunaan panel solar untuk mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan elektrik. Projek ini juga dibina menggunakan bahan yang boleh dikitar semula seperti kotak dan batang aiskrim yang sudah diukur terlebih dahulu serta dipotong mengikut perancangan yang telah kami tetapkan. Kesimpulannya, projek yang telah kami bangunkan ini berselisih hasil usaha kami diharapkan dapat membantu masyarakat di luar sana dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif serta berpotensi untuk diperkembangkan dengan lebih luas sekaligus dapat mengoptimumkan kadar kesihatan umat manusia yang lebih terjamin.