YI928: INOVASI PENANDA BUKU MESRA ALAM BERASASKAN BATANG KANTAN DENGAN ELEMEN TERAPI BAU

NUR MADIHAH HUSNA BINTI MOHD IRWAN SMK Labu Besar

Produk penanda buku ini adalah produk mesra alam yang dihasilkan daripada serat batang kantan – sisa pertanian yang sering dibuang. Batang kantan direbus dan dikisar sebelum dicampur dengan cecair bendi sebagai agen pengikat semula jadi. Campuran ini dibentuk menjadi sekeping kertas dalam acuan, dikeringkan dan dipotong menjadi penanda buku. Produk akhir direndam dalam minyak beraroma yang boleh digunakan untuk masalah sakit kepala atau mengantuk dan ia dibungkus dalam plastik ziplock untuk memastikan aroman tersebut tahan lebih lama. Ribon kain ditambah sebagai sentuhan estetika. Penggunaan ringkas, dengan hanya mengipas penanda buku di bawah hidung dan tanpa meletakkan cecair di kulit mampu melegakan masalah sakit kepala atau mengantuk. Inovasi ini menggabungkan kitar semula, aromaterapi dan nilai guna harian dalam satu produk berimpak tinggi.