KVO258: PROJEK INOVASI (APRON KETERAMPILAN DIRI)

FATIN FARHANA BINTI SHAMSUL SAFWAN KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK KUALA LUMPUR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2988 | 124 Likes | 415 Views | 159 times | LS: 320.1
Like it? | Support them now!

ABSTRAK Inovasi yang telah dihasilkan adalah apron keterampilan diri. Terdapat dua jenis apron yang telah dicipta iaitu apron emosi dan apron berus gigi. Tujuan apron ini dihasikan adalah untuk memudahkan para pendidik untuk menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ia juga turut memudahkan para ibu bapa sekiranya mereka ingin mengajar anak-anak mereka di rumah berkaitan dengan keterampilan diri ini. Objektif produk ini dilakukan adalah untuk memastikan kanak-kanak mengetahui penjagaan kebersihan dengan betul serta untuk memastikan kanak-kanak dapat membezakan dan mengetahui emosi yang bersesuaian untuk sesuatu situasi. Apron ini telah dihasilkan bersama dengan aktiviti susulan dan buku panduan yang boleh digunakan oleh para pendidik dan ibu bapa sebelum dan selepas menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Warna-warna kain dan bahan-bahan yang terdapat pada produk ini telah dipilih dengan baik supaya ia dapat menarik minat kanak-kanak ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi mengelakkan kanak-kanak daripada bosan dan tidak tertarik. Antara ciri -ciri istimewa yang terdapat pada produk ini adalah ia membolehkan kanak-kanak untuk turut serta menjalankan aktiviti bersama guru kerana ia memerlukan kanak-kanak untuk menampal semula bahan pada apron. Melalui aktiviti ini, hubungan antara pendidik dan kanak-kanak akan bertambah baik dan boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kanak-kanak lebih meminati produk ini kerana mereka dapat merasai seperti pengalaman yang sebenar ketika menjalankan aktiviti kerana mereka dapat memberus gigi menggunakan berus gigi yang telah dihasilkan bersama dengan produk ini serta kanak-kanak juga dapat menampal ekspresi muka dan mulut untuk menghasilkan sesuatu emosi.