MUHAMAD SHAFIE BADDUN SMK PITAS II, PITAS
Projek Perangkap Lift Tikus Mesra Alam ini dihasilkan bagi menangani masalah yang sering dihadapi oleh pelajar asrama, iaitu barangan keperluan mereka sering digigit dan rosak akibat serangan tikus. Melalui pendekatan penyelesaian secara kreatif dan lestari, perangkap ini direka bentuk bagi menangkap tikus tanpa mencederakan atau membunuhnya. Tikus yang ditangkap akan dilepaskan semula di kawasan yang sesuai dan jauh dari kawasan kediaman. Inovasi ini bukan sahaja membantu melindungi barangan pelajar, malah menekankan nilai keprihatinan terhadap alam sekitar melalui konsep mesra haiwan dan bebas bahan kimia berbahaya. Selain itu, dengan adanya bekas yang mempunyai daun pandan boleh menghasilkan aroma wangian yang menyegarkan kepada murid.